Thursday, April 29, 2010

KASUT UNTUK BERLARI/JOGGING KE-2




Berikut pula 2 jenis jenama kasut yang diminati ramai geng-geng runners iaitu jenama Nike dan Saucony. Sila layan.

Wednesday, April 28, 2010

KASUT UNTUK BERLARI/JOGGING




Terdapat pelbagai jenis kasut yang sesuai untuk berlari/jogging di pasaran. Namun pemilihan kasut yang sesuai haruslah berpandukan kepada pelbagai kriteria meliputi jenis/bentuk kaki atau cara berlari. Ini untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku serta memantapkan teknik serta masa larian.

Untuk itu, sukacitanya saya mengajak geng-geng runners untuk melayari laman blog "missjewelz.wordpress.com/"(seorang pelari serta triatlete tegar) untuk keterangan lebih lanjut.

Sehubungan itu juga, untuk kali ini diselitkan 2 jenama kasut larian yang terkenal iaitu Asics dan Adidas untuk diselidiki oleh geng-geng runners. Saya akan tambah selebihnya dimasa yang lain kerana banyak lagi yang lain seperti Saucony, Nike, Mizuno, Somnio, Brooks, Newton, Vibram dan lain-lain lagi. Sila klik pada jenama atau ikon kasut di atas untuk melayari laman web berkaitan.




Monday, April 26, 2010

PENANG BRIDGE INTERNATINAL MARATHON




Ada berita baik kepada kaki runners semua, khususnya di Sarawak kerana ini adalah peluang yang terbaik untuk mengikuti pertandingan yang berprestij pada musim cuti sekolah. Jika ada kesempatan dan rezeki saya juga ingin menyertainya. Selepas menyertainya kita boleh rancang untuk melancong ke Penang, Perak, Kedah, Perlis dan Langkawi kerana ini musim cuti akhir tahun.

Penang Bridge International Marathon akan diadakan pada ketetapan berikut;

  1. Tarikh : 21 Nov 2010
  2. Tempat : Pulau Pinang
  3. Kategori : 42 km, 21 km, 10 km dan Fun Run
Saya dan isteri sudah daftar untuk menyertainya seperti di bawah;
  • Affendi Mohd Amin - 21km Open
  • Selmah Morshidi - 10km Fun Run
Untuk keterangan lanjut sila klik pada ikon di atas.

Friday, April 23, 2010

JOGGING DI JAMBATAN SG NYELONG, SARIKEI



Pada 24 April 2010, jam 6.45 saya mulakan larian dari KPSU, Sarikei melalui Jalan Industri - Jalan Meranti sehingga bertemu dengan Jambatan Sg Nyelong dan berpatah balik selepas melepasi jarak 2.5 km. Jarak larian ialah 5 km saja dan catatan masa 26.41.

Thursday, April 22, 2010

STANDARD CHARTERED KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MARATHON




SC KL International Marathon adalah program tahunan anjuran DBKL & MAAU dan ditaja oleh Standard Chartered Bank Sdn Bhd. Berikut adalah sedikit keterangan berkaitan dengan larian tersebut;

  1. Tarikh : 27 Jun 2010
  2. Tempat Mula & Tamat : Dataran Merdeka, KL
  3. Kategori : 42.2 km, 21.1 km, 10 km, 5 km (Fun Run) dan Kid Dash (3 km & 950m)
Selain itu, terdapat pelbagai kategori lain termasuk kategori umur peserta. Bagi geng-geng runners yang berminat sila klik pada ikon di atas untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan larian tersebut.

Saya dah daftar awal untuk 4 orang geng sarikeirunners (3 generasi Bugis dari Sarawak) iaitu;

  1. Amni Nur Suraiya Binti Affendi, 9 tahun : 950 m (kid dash)
  2. Amir Nur Syahiran Bin Affendi, 12 tahun : 3 km (kid dash)
  3. Affendi Bin Mohamad Amin, 43 tahun : 10 km
  4. Mohamad Amin Bin Patang, 70 tahun : 5 km
Selamat berlatih dan kita jumpa di sana nanti. Insyallah.

Tuesday, April 20, 2010

BHR PADAWAN NATURE CHALENGGE 2010



Ada berita baik bagi geng joggers tegar di luar sana kerana Majlis Perbandaran Padawan dan Borneo Highland Resort akan mengelolakan BHR Padawan Nature Challenge pada 4 Julai 2010. Untuk makluman ada 2 kategori utama iaitu Trekking dan gabungan Cycling dan Trekking. Siapa yang berminat ayuh sertai dan bagi yang belum bersedia berlatihlah sikit. Saya nampak laluan agak sukar namun pemandangan yang hijau dan udara yang segar pasti akan memberi dorongan dan motivasi kepada geng-geng joggers.

Untuk keterangan lanjut sila lihat link pada maklumat-maklumat berkaitan pada imej di atas.


Monday, April 19, 2010

JOGGING DI TAMAN TASIK PUSTAKA, KUCHING





















Pada 17 April 2010 (maaf tarikh pada imej belum sempat disetkan), saya berpeluang sekali lagi untuk berjogging di Taman Tasik Pustaka, Petra Jaya, Kuching bersama konco-konco saya. Selepas warm up kita mula jogging pada jam 6.45 pagi dan suasana agak sunyi sehingga jam 7.00 pagi barulah mula nampak geng-geng joggers lain.

Selepas cool down kita balik rumah 7.45 pagi kerana saya perlu hadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Tunaz pada jam 9.00 pagi. Berikut adalah imej konco-konco sarikeirunners iaitu saya, dua anak saya Amir Nur Syahiran dan Amni Nur Suraiya, anak saudara Afif Afizi Ahmad Sonhajee, kakak ipar Fatimah Morshidi dan isteri tersayang Selmah Morshidi. Letih tapi puas.

Saturday, April 10, 2010

LATIHAN DI LALUAN LARIAN JUBILEE BUKIT AUP






























1. Bertolak dari Sarikei jam 6.00 pagi dan sampai di venue jam 7.30. Selepas 10 minit warm up saya mula larian pada jam 7.40. Laluan agak landai sehingga melalui Jambatan Igan yang agak tinggi dan memerlukan semangat tinggi yang supaya tidak berjalan pergi dan balik.

2. Saya sedang menuruni Jambatan Igan sebelum tiba di bulatan sebelum berpatah balik pada jarak 3.5 km (separuh laluan). Ketika itu, matahari dah mula muncul dan menjadi rintangan selain jambatan tersebut.

3. Seturusnya saya sampai ke penamat larian pada jam 8.41 iaitu pada catatan 41min 41saat. Sebagai motivasi saya menetapkan masa sasaran peribadi iaitu 38 - 40 min. Insyallah.

4. Setelah tamat larian, saya ke Hq Sarawak Marathon Club untuk mengambil running vest dan bib no. Bib no. E163 adalah kepunyaan anak saya Amir Nur Syahiran dalam kategori Boy Junior 7 km dan saya pula V061 adalah dalam kategori Men Fun Run 7km. Mohon maaf kerana ada tarikh pada 3 imej yang tak sempat diedit.







































































































Sunday, April 4, 2010

JOGGING DI TAMAN TASIK PUSTAKA, KUCHING

Pada 03 april 2010, saya bersama famili berpeluang untuk berjogging di trek Taman Tasik Pustaka, Petra Jaya, Kuching. Larian bermula jam 6.40 pagi dan tumpuan larian untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular melalui larian 40 minit (long slow run). Trek larian agak beralun-alun dan 1 laluan berbukit.

Lain kali, saya akan postkan imej trek larian untuk tatapan yang berminat untuk berjogging, berjalan atau menghirup udara segar.

Thursday, April 1, 2010

JUBILEE PARK SARAWAK HALF MARATHON

Peminat lari jarak jauh adalah dipelawa untuk menyertai Jubilee Park Sarawak Half Marathon atau Larian Taman Jubli Bukit Aup. Program ini adalah acara tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak anjuran bersama Sarawak Marathon Club dan Majlis Perbandaran Sibu. Berikut adalah keterangan ringkas berkenaan larian tersebut;

  1. Tarikh : 02 Mei 2010
  2. Tempat : Taman Jubilee Bukit Aup, Sibu
  3. Masa : 0600 - 10.00 pagi
  4. Hubungi : En Tang Kah Seng (0198181129)
  5. Yuran : RM10.00
  6. Kategori:
  • Men and Ladies Open 21 km
  • Men veteran 21 km (45 yrs old and above)
  • Ladies veteran 7 km (40 yrs and above)
  • Boys and girls junior 7 km (18 yrs and below)
  • Men dan Ladies Fun Run 7 km

Semua adalah dijemput tak kira yang nak buang peluh, nak jaga kesihatan, nak cipta rekod, nak seronok, nak hilang stress atau yang nak rebut hadiah. Agak lumayan juga. Berlatih dulu....